Mengenai Kami2019-01-14T16:39:18+00:00

MENGENAI KAMI

Dilancarkan pada 2017 sebagai sebuah syarikat dalam bidang Kecantikan dan Kesihatan, Juta Gold menawarkan produk eksklusif yang dikeluarkan dengan teliti – Serum Q’albue Suci dan Jus Kesihatan Botanik SaQ’uera dan K-Tri Turbo, semuanya dengan formulasi khas menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan asli, untuk menjadikan kulit sihat berseri secara semulajadi serta badan yang sihat. Produk kami menyerlahkan seri abadi yang ada dalam diri anda. Penggunaan Q’albue Suci dan pengambilan SaQ’uera dan K-Tri Turbo secara berterusan membolehkan anda mencapai tahap keyakinan lebih tinggi terhadap kecantikan dan kesihatan diri anda. Mari bersama kami untuk mencapai matlamat ini.

KONSEP

  • Sertai Juta Gold sebagai Konsultant, Agen, and Stokis dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang bersemangat dan berjaya, disokong oleh pengiklanan, promosi dan penjualan produk eksklusif kami yang berformulasi unik: Q’albue Suci Serum, dan Jus Kesihatan Botanik SaQ’uera khusus bagi kaum wanita dan K-Tri Turbo khusus bagi kaum lelaki
  • Juta Gold adalah platform anda untuk menjadi usahawan bebas, menikmati pelaburan yang rendah dengan risiko rendah dan pulangan tinggi

VISI

  • Juta Gold berhasrat menjadi sebuah syarikat terkemuka dan terkenal dalam industri Kecantikan dan Kesihatan setanding dengan jenama antarabangsa

VISI

  • Juta Gold berhasrat menjadi sebuah syarikat terkemuka dan terkenal dalam industri Kecantikan dan Kesihatan setanding dengan jenama antarabangsa

MISI

  • Untuk memangkinkan pembentukan Komuniti Pelanggan, Konsultant, Agen, dan Stokis Juta Gold yang sangat berjaya dan berpuas hati dalam mewujudkan gaya hidup yang sihat dan lebih baik
  • Membimbing dan membantu Konsultant, Agen, dan Stokis Juta Gold untuk mencapai kejayaan perniagaan dan memantapkan kedudukan kewangan
  • Membina usahawan bebas yang berjaya dalam industri Kecantikan dan Kesihatan

“Langkah pertama untuk kelihatan cantik adalah dengan membina keyakinan diri sendiri, bukannya mengharapkan pengesahan oleh orang lain. Cintailah dan terimalah diri anda sendiri.”

PENGASAS

Usahawan muda Najwa Esa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Sambil mengejar sekeping ijazah daripada sebuah institusi pengajian tinggi, Najwa juga membina kejayaan dalam kariernya di bidang yang amat diminatinya – Kecantikan dan Kesihatan. Hasratnya untuk mengetahui rahsia kecantikan sebenar bermula sejak dia masih remaja lagi. Meneroka bidang ini dengan lebih mendalam, dia mendapati bahawa kecantikan lahir daripada keyakinan yang tinggi dalam diri setiap insan.

Semangat ceria dan pandangan positif dalam kehidupan tidak hanya membantu dia mengukir kehidupannya sendiri tetapi juga menjangkau kepada orang lain melalui penglibatannya dalam kerja amal dan sosial. Dia menghulurkan bantuan kepada mereka yang ingin mengecapi kesihatan dan kekuatan mental dalam menghadapi persekitaran yang lebih mencabar pada zaman ini berbanding sebelumnya.

Dengan sokongan kedua ibubapanya, Najwa diberi kepercayaan untuk menerajui Juta Gold. Syarikat ini bertujuan membantu memenuhi kehendak individu, baik lelaki atau wanita, untuk membina keyakinan, mencapai kecantikan dalaman dan meningkatkan kesihatan.

‘Kecantikan berada di dalam DNA kita’

Di Juta Gold, Najwa dan rakan-rakan sekerja percaya bahawa setiap individu berhak merasa cantik dan dihargai. Mereka berkongsi dengan semua Konsultant, Agen, dan Stokis keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan Juta Gold. Rungkailah pesona kecantikan sebenar anda bersama Juta Gold.

“Seorang wanita yang mempunyai keyakinan diri memancarkan kekuatan, semangat dan keyakinan.” –
kata-kata mutiara yang berterusan bermain dalam fikiran saya.