FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

FAQ2019-02-28T21:35:52+00:00

PRODUK JUTA GOLD

1. Apakah jenis produk yang dijual di laman web anda?

Kami menjual produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti dari Serum Q’albue Suci ke Minuman Botanikal: SaQ’uera dan K-Tri Turbo.

2. Berapa lama selalunya kesan awal yang dapat dilihat setelah menggunakan produk Juta Gold?

Anda akan mula mengalami perubahan seawal 2 minggu, dengan syarat, individu itu konsisten dalam memakan dan menggunakan produk Juta Gold.

3. Jus SaQ’uera dan K-Tri Turbo bolehkah diambil bersama ubatan lain?

Ya boleh, Cuma jarakkan masa pengambilan 4-5 jam.

4. Apakah maksudnya jika sesuatu item “kehabisan stok”?

Produk yang ditandakan ” kehabisan stok ” adalah produk yang sangat popular dan sering dijual di premis kami. Anda boleh e-mel kepada kami di [email protected] supaya apabila stok tersedia lagi, kami akan menghantar notis kepada anda.

AKAUN

1. Haruskah saya mendaftarkan akaun?

Ya. Ini adalah untuk memastikan data peribadi dan butiran penghantaran anda direkod dengan betul untuk mengeluarkan resit dan “tracking number” produk yang dihantar. Anda juga akan menerima berita terkini dan promosi dari kami melalui e-mel yang didaftarkan pada akaun anda.

2. Bilakah saya perlu memasukkan Kod Promosi?

Kod Promosi akan dihantar dari kami melalui e-mel kepada Business Associates (BA) kami dan hanya mereka yang mempunyai akaun berdaftar. Jika anda menerima e-mel tersebut, sila masukkan Kod Promosi sebelum anda melengkapkan proses ‘checkout’ anda untuk mendapatkan diskaun.

PENGHANTARAN

1. Adakah anda berkhidmat di kawasan saya?

Ya. Kami menyediakan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi penghantaran di Malaysia Timur, caj penghantaran akan dikenakan. Sila pastikan anda memberikan alamat lengkap anda untuk menerima produk dengan selamat dan tanpa sebarang kelewatan.

2. Apakah masa penghantaran pesanan standard?

Semua pesanan akan dihantar, maksimum dalam masa 7 hari perniagaan.

3. Bagaimana saya boleh menjejaki penghantaran pakej saya?

E-mel akan dihantar sebaik sahaja pakej telah dihantar dan nombor penjejakan untuk Poslaju Berhad akan dimasukkan dalam e-mel juga. Gunakan nombor penjejakan yang diterima dalam e-mel anda untuk mengesan kemajuan penghantaran anda melalui pautan ini (https://poslaju.com.my/track-trace-v2/)

4. Bagaimana saya boleh memesan?

  • Pilih item yang hendak dibeli, dan klik ” Add to Cart “.
  • “Shopping Cart” akan dikemas kini dengan jumlah produk yang dipilih.
  • Masukkan kod promosi dan klik “Apply Coupon” (jika berkenaan).
  • Seterusnya, klik “Proceed to Checkout” dan isikan maklumat yang diperlukan (nama, alamat, dan sebagainya).

Pada ‘checkout’, anda dikehendaki membuat pembayaran menggunakan kaedah pembayaran yang dikehendaki. Anda juga akan menerima e-mel dari kami mengenai pesanan anda, di mana kod penjejakan dimasukkan.

TOPIK LAIN

1. Apakah polisi pembatalan anda?

Sebaik sahaja pesanan dibuat, anda tidak boleh membatalkan pesanan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ‘Product, Shipping and Return Policy’.

2. Bagaimanakah saya menyemak resit saya?

Anda akan menerima resit anda melalui e-mel selepas pengesahan pembayaran.

3. Saya mempunyai banyak lagi soalan untuk anda!

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami! Kami akan membalas melalui e-mel kami ([email protected]) atau WhatsApp kami di nombor kami (+6012 – 522 9989).

Terima kasih atas minat anda terhadap Juta Gold, sebuah jenama Juta Emas Bersama Sdn. Bhd.